17 APRIL 2017
Friday, April 28, 2017 • 6:52 AM • 0 comments
Terkenang kembali saat 17 April 2017. Allah, kuatkan aku. Aku cuma nak bercerita. Nak luahkan segala apa yang terbuku dalam hati, segala apa yang tersimpan rapi dalam kotak hati. Nak keluarkan segala yang pahit, nak telan segala yang pahit, dan nak buang segala yang sakit.
Tanggal 17 April 2017, time tu pukul 8.00 a.m . Ketika semua orang tengah siap nak ke kelas. Macam tu jugak aku. Tengah bersiap nak kelas pukul 9. Tiba tiba bunyi whatsapp masuk. Mula mula decide macam taknak tengok whatsapp (sebab usually time pagi emmang tak bukak whatsapp). Tapi dekat notification panel naik nama Waty whatsapp. And i was like why ? Pagi pagi pulak tu dia whatsapp. So i decided to open the whatsapp lah and reply why ? Then lepas ja reply why dekat Waty, tiba tiba masuk dekat whatssap group Family Forever yang Nana dah takdak. Nana dah kembali menghadap Pencipta dia . And i was like .... like seriusly ? Ya Allah. Dalam hati ni taknak percaya. Terus tanya Waty, waty betul ka yang nana dah takdak ? Then waty cakap yaa nana dah takdak tadi mama nana call bagitau and now mama nana otw nak ke usm kejut.
Aku macam kenapa.... kenapa kena harini ? Kenapa bukan time aku cuti? Kenapa time aku takdak dekat sana ? :') Terus berlari pergi bilik aida sebab aida kenal nana (satu praktikum time matrik). Nangis depan aida bagitau dia yang nana dah takdak. Ya Allah. Time tu rasa lemah semangat. Rasa tak terdaya nak ke kelas. Rasa nak sangat balik. Tapi apakan daya :') Aku check tiket flight on that day nak ke penang dari kb and i was like mahalnya rm400 :') kalau nak balik naik bas tak sempat dah sebab nak kebumi lepas asar :') Allahuakbar. Time tu rasa macam tak kuat sangat . Terus call mama nana dan mintak maaf sebab tak dapat nak balik untuk jumpa nana buat kali terakhir.
Dalam hati ni rasa terkilan sangat sangat sebab tak dapat nak balik. Tak dapat nak peluk cium nana buat kali terakhir. Ya Allah , menangis takdak sapa yang faham. Aku ada waktu hang susah nana. Aku ada waktu hang sakit. Aku ada waktu hang koma dekat icu. Aku ada waktu hang dialisis. Aku ada waktu hang dekat wad. Aku ada waktu hang sakit kat rumah. Aku ada dengan hang time hang sakit tapi kenapa time hang dah pergi menghadap Illahi, aku takdak dengan hang :')) Aku takdak dengan hang naaaa.... Aku takdak :') Aku tak dapat nak teman hang macam yang selalu aku buat. Aku tak dapat :'( Allahuakbar. Time tu rasa terkilan sangat tak dapat nak balik. Cerita dekat orang pun orang tak faham. Tapi aku redha, ni takdir. Sekurangnya bila ada kawan kawan kita dan mak aku pergi ziarah hang buat kali terakhir aku rasa lega. Aku bersyukur bila kawan kawan kita kata muka hang seakan tersenyum dan tenang ja. Semoga hang menjadi bidadari syurga in shaa Allah.
Nana, terlalu banyak kenangan kita kalau nak diceritakan satu satu. Cukuplah segala kenangan aku simpan dan jadikan memori yang terindah dalam hidup aku. Cukuplah Allah sebagai saksi persahabatan kita semua. Takdak apa yang lebih indah selain dapat mengenali hang. Dari sekolah rendah kita kawan, sampai lah umur 21 masuk Usm. Allah :')) Terlalu banyak gambar gambar kita naa yang aku jadikan pengubat rindu setiap kali aku rindukan hang. Aku simpan semua gambar kita baik baik sebab tu ja harta yang aku ada dengan hang :') Terima kasih Allah kerana pinjamkan nana untuk kami semua.
Semoga nana ditempatkan dikalangan orang orang beriman dan sentiasa di bawah rahmatNya. Nama nana selalu ada dalam doa kami.
Al-Fatihah,
Irna Nurul Farina Zahari (27/5/96-17/4/17)
|
|