Miss Right_
WANITA , KAU CUKUP ISTIMEWA .
Tuesday, June 2, 2015 • 10:22 PM • 0 comments

Trust me .
Every woman is wonderful .
Kerana isteri , rezekimu bertambah .
Kerana isteri , maka lahirlah zuriatmu .
Kerana isteri , makan dan pakaian mu terjaga .
Kerana isteri , tenang damai hatimu .
Kerana isteri , lembut pandangan matamu .
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya .


Lelaki .

Janganlah sakiti hati mereka .
Ingatlah setiap pengorbanan mereka .
Walaupun kecil di mata mu , besar bagi dirinya .
Setiap peluh yang menitik , yang bekerja untuk keluarganya .
Setiap airmata yang menitis untuk anak anak dan suaminya adalah salah satu tanda .
Dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami .


Renungan buat semua .

Mengapa wanita sering menangis ?
Kerana wanita itu unik .
Allah ciptakan dia sebagai makhluk istimewa .


AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak anaknya .

AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman .
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia .
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah kalah .
AKU beri dia naluri untuk tetap menyayangi .
Walau dikhianati oleh teman ,
Walau disakiti oleh seorang yang disayangi .


Wanita makhluk yang kuat .

Tapi jika suatu saat dia menangis ,
Itu kerana Allah memberi air mata untuk membasuh luka batin lalu memberi kekuatan baru buatnya .
Wanita , dirimu sangatlah istimewa :')


Nak kongsi satu kisah yang terjumpa di instagram , tulisan dari seorang suami :



Isteri ...

Mudah disebut tapi tak semua sedar apa maksudnya .
Dia bekerja 24 jam sehari , 7 hari seminggu .
Jam kerjanya tak terbatas .
Dia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun .
Mulai bekerja , memasak , membersihkan rumah , mencuci pakaian .
Lalu mengurus suami sebelum pergi kerja .
Mengurus anak anak berangkat ke sekolah .
Ketika pakaian kering di jemuran , dia akan mengangkat nya dan menyetrika dengan rapi .
Ketika kita complain makanan dia tak sedap .
Dia akan cuba belajar dari kesilapan untuk cuba hidangkan makanan yang sedap untuk suami .
Meski lelaki lelaki tak faham benar , tapi Allah Maha Mengerti .
Karena itulah DIA memberi reward pada pengorbanan perempuan .
Bagi yang meninggal kerana melahirkan anak , Tuhan langsung memberinya Syurga .
Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya , dengan sabar dan ikhlas ,
Maka silakanlah dia masuk syurga dari pintu mana saja dia suka .


Mulialah wanita solehah .

Di dunia , ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya .
Jika ia wafat , Allah akan menjadikannya bidadari di Syurga :')



Tiba tiba rasa nak update entry macam ni kali ni .

Sebab tiba tiba teringat pesan ustazah .
"Cuti panjang ni belajar lah jadi isteri solehah . Jadi isteri serba boleh . Memasak , mengemas , mencuci , menjahit . Air tangan tu penting . Belajar"


Mak pun selalu cakap benda macam ni .

Entah lah , rasa adore gila bila tengok mak sendiri .
Itu ini boleh buat , baik untuk suami dan anak anak .
Itu ini tak kenal erti penat .
Ke hulur hilir untuk suami dan anak anak .
Sediakan yang terbaik untuk suami dan anak anak .
Apa apa jadi , dia lah yang paling tabah , paling sabar .
Dia yang kekal tersenyum depan semua orang .
Gadai nyawa nak melahirkan anak anak .
Allah , takdak apa dekat dunia ni yang mampu balas jasa dan pengorbanan seorang ibu .
Mak ialah anugerah terindah dalam hidup Suna :')
Moga Syurga tempat mak disana kelak .
Dan moga , Allah bagi lebih banyak masa untuk kakak dengan mak .
Sebab kakak belum puas nak bahagiakan mak .
Terima kasih buat setiap doa mak .
Moga suatu hari nanti , kakak boleh jadi macam mak .
In shaa Allah .


p/s : iloveyou mak :')



Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to :) Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back :D
ENTRY OWNER