17 APRIL 2017
Friday, April 28, 2017 • 6:52 AM • 0 comments
Terkenang kembali saat 17 April 2017. Allah, kuatkan aku. Aku cuma nak bercerita. Nak luahkan segala apa yang terbuku dalam hati, segala apa yang tersimpan rapi dalam kotak hati. Nak keluarkan segala yang pahit, nak telan segala yang pahit, dan nak buang segala yang sakit.
Tanggal 17 April 2017, time tu pukul 8.00 a.m . Ketika semua orang tengah siap nak ke kelas. Macam tu jugak aku. Tengah bersiap nak kelas pukul 9. Tiba tiba bunyi whatsapp masuk. Mula mula decide macam taknak tengok whatsapp (sebab usually time pagi emmang tak bukak whatsapp). Tapi dekat notification panel naik nama Waty whatsapp. And i was like why ? Pagi pagi pulak tu dia whatsapp. So i decided to open the whatsapp lah and reply why ? Then lepas ja reply why dekat Waty, tiba tiba masuk dekat whatssap group Family Forever yang Nana dah takdak. Nana dah kembali menghadap Pencipta dia . And i was like .... like seriusly ? Ya Allah. Dalam hati ni taknak percaya. Terus tanya Waty, waty betul ka yang nana dah takdak ? Then waty cakap yaa nana dah takdak tadi mama nana call bagitau and now mama nana otw nak ke usm kejut.
Aku macam kenapa.... kenapa kena harini ? Kenapa bukan time aku cuti? Kenapa time aku takdak dekat sana ? :') Terus berlari pergi bilik aida sebab aida kenal nana (satu praktikum time matrik). Nangis depan aida bagitau dia yang nana dah takdak. Ya Allah. Time tu rasa lemah semangat. Rasa tak terdaya nak ke kelas. Rasa nak sangat balik. Tapi apakan daya :') Aku check tiket flight on that day nak ke penang dari kb and i was like mahalnya rm400 :') kalau nak balik naik bas tak sempat dah sebab nak kebumi lepas asar :') Allahuakbar. Time tu rasa macam tak kuat sangat . Terus call mama nana dan mintak maaf sebab tak dapat nak balik untuk jumpa nana buat kali terakhir.
Dalam hati ni rasa terkilan sangat sangat sebab tak dapat nak balik. Tak dapat nak peluk cium nana buat kali terakhir. Ya Allah , menangis takdak sapa yang faham. Aku ada waktu hang susah nana. Aku ada waktu hang sakit. Aku ada waktu hang koma dekat icu. Aku ada waktu hang dialisis. Aku ada waktu hang dekat wad. Aku ada waktu hang sakit kat rumah. Aku ada dengan hang time hang sakit tapi kenapa time hang dah pergi menghadap Illahi, aku takdak dengan hang :')) Aku takdak dengan hang naaaa.... Aku takdak :') Aku tak dapat nak teman hang macam yang selalu aku buat. Aku tak dapat :'( Allahuakbar. Time tu rasa terkilan sangat tak dapat nak balik. Cerita dekat orang pun orang tak faham. Tapi aku redha, ni takdir. Sekurangnya bila ada kawan kawan kita dan mak aku pergi ziarah hang buat kali terakhir aku rasa lega. Aku bersyukur bila kawan kawan kita kata muka hang seakan tersenyum dan tenang ja. Semoga hang menjadi bidadari syurga in shaa Allah.
Nana, terlalu banyak kenangan kita kalau nak diceritakan satu satu. Cukuplah segala kenangan aku simpan dan jadikan memori yang terindah dalam hidup aku. Cukuplah Allah sebagai saksi persahabatan kita semua. Takdak apa yang lebih indah selain dapat mengenali hang. Dari sekolah rendah kita kawan, sampai lah umur 21 masuk Usm. Allah :')) Terlalu banyak gambar gambar kita naa yang aku jadikan pengubat rindu setiap kali aku rindukan hang. Aku simpan semua gambar kita baik baik sebab tu ja harta yang aku ada dengan hang :') Terima kasih Allah kerana pinjamkan nana untuk kami semua.
Semoga nana ditempatkan dikalangan orang orang beriman dan sentiasa di bawah rahmatNya. Nama nana selalu ada dalam doa kami.
Al-Fatihah,
Irna Nurul Farina Zahari (27/5/96-17/4/17)
WANITA , KAU CUKUP ISTIMEWA .
Tuesday, June 2, 2015 • 10:22 PM • 0 comments
Trust me .
Every woman is wonderful .
Kerana isteri , rezekimu bertambah .
Kerana isteri , maka lahirlah zuriatmu .
Kerana isteri , makan dan pakaian mu terjaga .
Kerana isteri , tenang damai hatimu .
Kerana isteri , lembut pandangan matamu .
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya .
Lelaki .
Janganlah sakiti hati mereka .
Ingatlah setiap pengorbanan mereka .
Walaupun kecil di mata mu , besar bagi dirinya .
Setiap peluh yang menitik , yang bekerja untuk keluarganya .
Setiap airmata yang menitis untuk anak anak dan suaminya adalah salah satu tanda .
Dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami .
Renungan buat semua .
Mengapa wanita sering menangis ?
Kerana wanita itu unik .
Allah ciptakan dia sebagai makhluk istimewa .
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak anaknya .
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman .
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia .
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah kalah .
AKU beri dia naluri untuk tetap menyayangi .
Walau dikhianati oleh teman ,
Walau disakiti oleh seorang yang disayangi .
Wanita makhluk yang kuat .
Tapi jika suatu saat dia menangis ,
Itu kerana Allah memberi air mata untuk membasuh luka batin lalu memberi kekuatan baru buatnya .
Wanita , dirimu sangatlah istimewa :')
Nak kongsi satu kisah yang terjumpa di instagram , tulisan dari seorang suami :
Isteri ...
Mudah disebut tapi tak semua sedar apa maksudnya .
Dia bekerja 24 jam sehari , 7 hari seminggu .
Jam kerjanya tak terbatas .
Dia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun .
Mulai bekerja , memasak , membersihkan rumah , mencuci pakaian .
Lalu mengurus suami sebelum pergi kerja .
Mengurus anak anak berangkat ke sekolah .
Ketika pakaian kering di jemuran , dia akan mengangkat nya dan menyetrika dengan rapi .
Ketika kita complain makanan dia tak sedap .
Dia akan cuba belajar dari kesilapan untuk cuba hidangkan makanan yang sedap untuk suami .
Meski lelaki lelaki tak faham benar , tapi Allah Maha Mengerti .
Karena itulah DIA memberi reward pada pengorbanan perempuan .
Bagi yang meninggal kerana melahirkan anak , Tuhan langsung memberinya Syurga .
Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya , dengan sabar dan ikhlas ,
Maka silakanlah dia masuk syurga dari pintu mana saja dia suka .
Mulialah wanita solehah .
Di dunia , ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya .
Jika ia wafat , Allah akan menjadikannya bidadari di Syurga :')
Tiba tiba rasa nak update entry macam ni kali ni .
Sebab tiba tiba teringat pesan ustazah .
"Cuti panjang ni belajar lah jadi isteri solehah . Jadi isteri serba boleh . Memasak , mengemas , mencuci , menjahit . Air tangan tu penting . Belajar"
Mak pun selalu cakap benda macam ni .
Entah lah , rasa adore gila bila tengok mak sendiri .
Itu ini boleh buat , baik untuk suami dan anak anak .
Itu ini tak kenal erti penat .
Ke hulur hilir untuk suami dan anak anak .
Sediakan yang terbaik untuk suami dan anak anak .
Apa apa jadi , dia lah yang paling tabah , paling sabar .
Dia yang kekal tersenyum depan semua orang .
Gadai nyawa nak melahirkan anak anak .
Allah , takdak apa dekat dunia ni yang mampu balas jasa dan pengorbanan seorang ibu .
Mak ialah anugerah terindah dalam hidup Suna :')
Moga Syurga tempat mak disana kelak .
Dan moga , Allah bagi lebih banyak masa untuk kakak dengan mak .
Sebab kakak belum puas nak bahagiakan mak .
Terima kasih buat setiap doa mak .
Moga suatu hari nanti , kakak boleh jadi macam mak .
In shaa Allah .
p/s : iloveyou mak :')
SAHABAT
Sunday, May 17, 2015 • 10:28 PM • 0 comments
CERPEN : KERANA DIA SEORANG HAQ
OLEH : PENYU HANDSOME
Tubir matanya panas . Pandangan mereka yang memandang tidak dihiraukan .
"lantak , aku tak kacau hidup diorang" . Bisik hatinya .
Dia datang lagi . Di sini . Di tempat yang menyimpan seribu kenangan manis antara dia dan si dia .
"huh" . Keluhan dilepaskan perlahan . Air hujan yang perlahan lahan menitik membasahai tubuh yang dibalut sweater pemberian "dia" disapu lembut . Sungguh , diri ini tak kuat ! Peristiwa sebulan lepas terlayar di ingatan .
.........................................................................................................................................................
Wui , nikmat betul mandi hujan !
"woi haha sengal ke duk bawah hujan ?" , jerit sahabatnya .
"apesal ? meh lah join !"
Sejenak , kelihatan sahabat fillahnya itu berlari menuju ke arahnya . Dan ... dumpppp !
"woi jatuh lah aku !" , marahnya kasar .
"haha lek lah . kata sahabat . ada masa jatuh dan bangun , bro !"
Tubuh yang melayang jatuh di atas jalan tar itu digagahi bangun . Sengal betul lah budak ni , bisiknya .
"kau pehal tak bangun ? nak tunggu aku usung guna keranda dulu ke ?" , ujarnya berseloroh .
"hahaha meh lah . nanti kau tolong imamkan aku tau . aku duduk saf paling depan"
Jeda .
"kau ni , jangan lah gitu . aku gurau je bro" , ujarnya . cukup sekadar didengari antara mereka berdua .
Kalau Haq tinggalkan aku nanti , siapa yang nak teman aku usik makcik kantin gorengkan telur kicap ?
Kalau Haq tinggalkan aku nanti , siapa yang nak teman aku nasyid Ya Hanana atas pentas setiap kali orang suruh buat persembahan ?
Kalau Haq tinggalkan aku nanti , siapa yang nak jadi partner aku buat silat ?
Kalau Haq tinggalkan aku nanti , siapa yang nak tolong aku kalahkan zombie jahat dalam game lejen tu ?
Kalau Haq tinggal .....
"woi termenung apa kau ?!" , sergah Haq , mematikan lamunanku .
"kau ni kacau lah ! Aku baru nak mimpi dipinang orang"
"hahaha banyak lah kau dipinang orang . baguslah tu mimpi masa mata celik !"
Kalau Haq tinggalkan aku ... Agak agak macam mana hidup aku nanti ?
............................................................................................................................................................
"Haq"
"Hmm" , balas teman yang dikenalinya dari kecil lagi . Umi kata Haq dengan dia suka wrestling lepas bangun subuh . Konon nak tunjuk siapa bangun dulu letew . Sememeh ayaq hingus time tu , malu woi !
"cuba kau tengok titisan hujan ni"
"kenapa ?" , dipandangnya tapak tanganku yang bersih "dibasuh" hujan .
"mesti dosa kita tak terkira kan ? entah entah lagi banyak dari titisan hujan ni"
"Kan Mir ? sometimes aku pun terdikir , agak agak Allah terima tak taubat aku ? Allah terima tak amal aku sebelum Allah tarik nyawa aku ?"
Diam . Suasana sepi antara mereka . Lima minit masa berlalu dan ...
"Mir , kalau kau tak jumpa aku dekat syurga nanti ... Kau jangan lupa tarik tangan aku tau !" Bersungguh sungguh Haq mengingatkan . Entah mengapa , sejak dua menjak ni , Haq selalu memesan perkara yang sama berulang kali .
"Haa lah . In shaa Allah aku tarik , kalau destinasi aku di syurgaNya . Kita kan dah janji sama sama nak nasyid Ya Hanana dalam syurga" , balasnya bersama secebis senyum yang dilorek . Manis .
Jeda lagi .
"Weh Mir , jom baring ?"
"Kau gila ?!" , marahnya , sedikit kuat .
"Halaa mana tahu ni last kita mandi hujan sama sama .." Ada nada hiba disitu .
"Haqqqqqqqq ..." . Tegurnya , sedikit mengingatkan .
"Ish kau ni tak sporting langsung ! Yelah , yelah . Tak cakap pasal tu dah" , ujar Haq sambil tangan membuat gaya "peace" di tepi mata . Comel ya ampun member aku ni !
"Apa kau pikir dengan peace tu kau nampak comel ?" Cehhh . Tadi di hati kata lain . Di mulut ucap lain . Hancur Amir ni .
"Kau memang dengki kan ? Ish dah lah . Jom baring !" , paksa Haq untuk kesekian kalinya .
"Kita kat padang ni weh . Orang nam ..."
"Takde orang lah . Semua duduk rumah tidur atas katil . Kita yang sewel ni je mandi hujan . Pleaseeeeeeeeeeee Mir , please ?" . Penuh gaya dan suara yang comel Haq merayu . Haha .
Dia pandang Haq . Haq pandang dia . Mereka masing masing berbalas pandangan sehingga ....
"Yelah yelah , jom !"
"Mengalah jugak anak Pak Umar ni ." . Detik Haq bangga , cukup sekadar dalam hati .
"Aku mengalah sebab sayang kawan okayy . Bukan sebab cair dengan kau !" , tingkah Amir di dalam hati .Seolah olah tahu apa yang dibicarakan oleh Haq . Dan petang itu bersama titisan hujan , dua sahabat fillah ini berbaring merenung keindahan ciptaan Dia Yang Maha Esa .
...............................................................................................................................................................
Dua minggu itu , mereka tidak meluangkan masa berdua . Normal bro , minggu exam ! Kerana course yang berlainan , mereka hanya sempat tersenyum simpul saat berlanggar bahu . Cehhh , bukan langgar bahu acaca cinta jatuh buku tu eh ! Ini kisah mereka . Kisah tersendiri antara dua sahabat fillah yang sama jantina . Masing masing sibuk date dengan buku . Mereka cuma sempat bertemu di Malam Usrah di taman perumahan mereka malam khamis lepas .
Ada rindu yang menyapa .
Ada sebak yang mencengkan jiwa .
Cehh , makin poyo si Amir ni .
Entah mengapa , hatinya meronta ronta untuk bertemu Haq .
Rindu yang bertamu menyebabkan dia tekad untuk ke rumah Haq sejurus selepas kertas terakhirnya tamat .
Itu tekadnya . Tekad seorang Amir Adam bin Umar !
...............................................................................................................................................................
Dia terhenyak di atas kerusi . Berita yang disampaikan umi tadi cukup membuatkan dia terdiam . Diamnya umpama fokus menjawab exam . Diamnya umpana fokus lecturer mengajar .
Dan diamnya , kerana berita itu .
Berita yang cukup mencengkam jiwa .
Dia terdiam hingga tak dapat berkata kata .
"Amir , sabarlah . Allah ambil Haq sebab Allah sayang . If you were in the garden , then you will pick the prettiest flower right ?"
Dia masih diam . Pantas , dia bangun dan memeluk uminya yang masih kelihatan sisa air mata di tubir matanya .
"Umi , Haq .. dia .. tsskk .. janji .. ijazah .. sama sama .. pentas .." Amat sukar untuk dia meneruskan kata katanya . Terasa usapan lembut umi dibahunya .
"Isbir sayang"Dia ambil Haq sebab Dia rindu . Dah lama Dia pinjamkan Haq untuk kita . Haq meninggal pun dalam keadaan baik dik . Dia meninggal masa tengah peluk Al-Quran yang Amir bagi"
Yaa . Aku tahu itu . Haq meninggal semasa memeluk Al-Quran berwarna ungu muda pemberianku sempena kemenangannya dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran . Dan kerana itulah , aku bertambah tambah sebak .
"Ibu Haq pun redha dengan pemergian anaknya . Takkan Amir tak boleh terima ?" , sambung Umi , penuh lembut dalam nada memujuk .
Nafas dihela . Perlahan lahan pelukkannya dilepaskan dan jarinya naik menyapu sisa sisa air mata .
"Ya Allah , aku redha" , bisiknya .
...............................................................................................................................................................
Dan dia disini . Masih dibawah titisan hujan di padang yang sama . Tempat dia meluangkan masa bersama Haq kira kira sebulan lepas .
Dan kala ini , dia berseorangan . Tanpa seorang Haq .
Mata diterbarkan ke sekeliling padang . "Memerhati" kenangannya dengan Haq , mungkin .
"Haq , padang ni .. Saksi ukhwah fillah kita kan ? Tempat jatuh bangun kita kan ? Tempat curhat kita kan ? Kau mesti rindu tempat ni kan ?" , bisiknya sebak .
Dia berhenti . Tiada daya untuk menyambung kata kata . Air mata yang lebat turun mengalir di pipi seolah olah sama lebatnya dengan titisan hujan petang Jumaat itu .
"Haq .. aku redha dengan pemergian kau . Kau beruntung Haq , pergi bertemu Illahi pada Penghulu Segala Hari . Impian kau kan Haq ?"
Dan diam lagi . Air mata disapu lembut .
"Haq .. kau ingat tak , kau suruh aku jadi imam kalau kau "makmum" dekat saf depan kan ? Aku dah tunaikan peermintaan kau , Haq . Aku yang jadi Imam untuk Solat Jenazah kau . Aku yang mandikan kau . Aku yang masuk dalam kubur kebumikan kau , Haq ."
Sebak dia menuturkan ayat itu .
Rasa itu mencengkam lagi . Mencengkam sakitnya ulu hati .
"Haq .. nanti result dah keluar , aku nak kau teman aku ambik scroll atas pentas . Cukup kalau kau senyum untuk aku , Haq"
Air mata menitis lagi .
"Haq , maafkan aku untuk semua salah silap aku . Halalkan toy Ultraman kau yang aku curi curi ambik masa kau tengah ngaji 17 tahun dulu . Halalkan cemburu kau sebab aku selalu gedik dengan ibu kau mintak goreng cekodok . Dan aku ... sentiasa maafkan kau , Haq ."
Terletus gelak pahitnya mengingati segala kenangan yang mendewasakannya hingga mencapai umur 22 tahun kini .
"Haq , doakan aku tabah nak lalui hari hari mendatang tanpa kau . Doakan ibu bapa kau diberi kekuatan tanpa kehadiran anak sulung diorang ni . Dan doakan , doakan semoga aku takkan curang . Kerana aku , hanya ada seorang the real Haq !"
Senyum pahit diukir tanda diri tabah . Hati , qowiylah !
"Haq , in shaa Allah ..Aku doakan segala amalam kau diterima Haq . Berbahagialah kau di sana . Tunggu aku , Haq !" Tunggu aku , Muhammad Faris Dhiyaulhaq !
Duhai sahabat ...
Tidak mampu aku ungkap betapa aku sayang padamu .
Betapa aku mencintai kalian .
Tidak mampu .
Mungkin aku belum cukup tunjuk ..
Atau memang aku tak pandai tunjuk .
Yang aku sangat mencintai dan menyayangi kalian .
Hanya doa yang mampu aku titipkan .
Moga moga Allah pelihara rasa sayang dan cinta ini .
Sehingga terabadi ke syurgaNya ...
Duhai sahabat ...
Maafkan aku .
Mungkin aku pernah menyakiti .
Mungkin aku pernah melukai .
Segalanya mungkin .
Maafkanlah aku ...
Moga kekhilafan diriku tidak pudarkan rasa sayang dan cinta ini .
Moga ...
Duhai sahabat ...
Ketahuilah .
Tidak ada apa yang aku harapkan .
Melainkan keikhlasan engkau dalam bersahabat .
Sama sama menabur janji .
Untuk bersahabat selamanya .
Kerana Allah.
Kita bertemu dan berpisah .
Aku redha .....
Ya Rabb ku ...
Lindungilah sahabat sahabat ku .
Walau dimana jua mereka berada .
Limpahkan mereka kebahagiaan .
Sebagaimana mereka pernah membahagiakan aku .
Ketika aku bersama mereka .
Curahkan rahmatMu kepada mereka .
Limpahkan mereka dengan rezekiMu .
Ampunkan dosa dosa mereka .
Dan tempatkan mereka di syurgaMu kelak .
Agar ada sedikit peluang .
Buat diriku untuk mendapat syafaat dari sahabat sahabat ku .
Di akhirat sana kelak .
Ya Rabb ku ...
Hadirkan aku di dalam hati sahabatku .
Kerana ,
Andai kami terpisah .
Kami masih merasakan dekatnya persahabatan kami .
Dek kerana bersatunya hati hati kami .
Sahabat ...
Maafkan diriku yang serba kekurangan .
Moga kita berjumpa , di syurgaNya kelak ....
Dari sahabatmu ,
ASILAH HASSUNNA .
|
|